Jumaat, 28 Ogos 2009

SEJENAK BERFIKIR PARA PEMIKIR



Hari ini hari sabtu bersamaan 1 Ramadhan. Ana bersama sahabat-sahabat telah menghadirkan diri dalam majlis ilmu tafaqquh fid diin bersama ulamak nusantara iaitu Sheikh Muhd Nurruddin Al-Banjari Al-Maliki bertempat di rumah negeri Kedah, Kaherah Mesir.

Ketika ana dan sahabat-sahabat sedang khusyuk mendengar mutiara ilmu yang disampaikan oleh Sheikh Nurruddin. Ana tertarik dengan sebaris kata yang diucapkan oleh sheikh.

“Sekiranya aku berdebat dengan seorang yang pintar, nescaya aku akan mengalahkannya. Akan tetapi sekiranya aku berdebat dengan seorang yang bodoh dan jahil, nescaya aku akan dikalahkannya..”

Apakah yang ingin disampaikan oleh sheikh?. Adakah ayat ini melarang kita untuk menyampaikan dakwah kepada orang yang jahil atau mereka yang tidak tahu ilmu agama..Bukankah wajib keatas setiap muslim untuk menjadi penyampai ilmu Allah bagi mereka yang tidak mengetahui?..Aduh..! pening kepalaku memahaminya. Namun begitulah persoalan yang menghambat akal pemikiranku.

Pada pendapat pembaca sekalian, apakah maksud yang tersirat disebalik ayat tersebut? Mungkin pada anggapan awal para pembaca berpendapat bahawa orang yang berdebat itu adalah seorang yang cetek ilmunya kerana kalah dengan seorang yang jahil dan bodoh. Akan tetapi bagaimana pula dia bisa mengalahkan seorang yang pintar? Tidak mungkin dia boleh mengalahkannya dengan ilmunya yang secetek itu.

Setelah beberapa minit aku bergelumang dengan persoalan tergantung ciptaanku sendiri, barulah sedikit demi sedikit segala persoalan tersebut terhurai dengan begitu ringkas namun padat dan mapan.

Baiklah, bagaimana sifat seorang yang pintar? Orang yang pintar adalah seorang yang mahu berfikir dan mereka akan berpihak kepada kebenaran setelah mereka memikirkan kebenaran yang cuba disampaikan. Akan tetapi seorang yang jahil ataupun bodoh bukan saja tidak mahu berfikir sejenak kebenaran yang ingin disampaikan malahan mereka tidak mampu membezakan antara yang hak mahupun yang batil.

Oleh kerana itu, “sekiranya aku berdebat dgn seorang yang pintar, maka aku akan mengalahkannya” yakni aku berjaya membawa sinar cahaya kebenaran kepadanya. Akan tetapi “sekiranya aku berdebat dengan seorang yang bodoh, maka aku akan dikalahkannya” maknanya aku kalah dengan pendebatku untuk membawanya ke arah kebenaran. Kata mudahnya, aku gagal mendakwahnya kerana mereka tidak mahu berfikir tentang apa yang aku sampaikan malahan mereka tetap dengan pendirian palsu mereka.

P/S: Jadi bagaimana pembaca semua? Jelas x penerangan ana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan