Khamis, 27 Ogos 2009

Wadah Muqaddimah


بسم الله الرحمن الرحيم……

Assalamualaikum kepada para pejuang ilmu allah, para panda`ie, para khalifah di muka bumi ini dan seluruh umat islam amnya..Semoga sentiasa di bawah payung rahmat dan hidayah Al-Khaliq..Insya-Allah..

Sukacitanya ana untuk mencoret serba sedikit tentang muqaddimah penglibatan ana dalam medan dakwah ini. Meskipun dalam medan dakwah yang berlainan dimensi,namun ana rasa dalam era globalisasi ini, kita sebagai pendakwah harus peka dalam mengeksploitasi segala kemudahan dan teknologi yang wujud zaman kini supaya cabang-cabang dakwah dapat disebarkan dan diperluaskan. Oleh sebab itu, ana terpanggil untuk membuat blog ana sendiri.

Ingin sekali ana berkongsi dengan para penziarah sekalian, sebenarnya ana bukanlah seorang yang celik IT. Ana juga tidaklah begitu pandai menggunakan komputer mahupun segala aplikasi di dalamnya. Jika para penziarah ingin melabelkan ana sebagai seorang yang kolot atau seorang yang tak “up 2 date”, terserah kepada antum semua dan ana sama sekali tidak akan berkecil hati. Namun dengan berbekalkan semangat untuk berkarya dan berdakwah melalui alam maya, ana kerap bertanya dan belajar cara2 penggunaan teknologi ini. Maka dengan berkat ilmu yang dipelajari, terhasillah sebuah blog santapan minda dan rohani yang kini menjadi tatapan para penziarah ketika ini.

Memandangkan ana masih baru dalam lembaran dakwah alam maya ini, semestinya terdapat banyak kecacatan dan kelemahan dalam input-input dan curahan ilmu yang ana paparkan di sini. Oleh itu, sukanya hati ana sekiranya ada para penziarah yang sudi untuk memberikan sebarang komentar yang membangun mahupun berkongsi ilmu dan pengalaman untuk kita hayati bersama.. Insya-Allah..

P/S: Syukran kerana mengunjungi blog ana ni n “Selamat membaca” kepada semua penziarah…J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan